The Rare Sumalayang

Fuhh..tajuk pon da rare..apetah lagi gunungnya..hahaha

kali ni aku nak story sikit pasal trip yang aku ikot untuk menakluki gunung sumalayang. 

sedikit info pasal gunung sumalayang:

ketinggian: 615 M
koordinate: 1.9608N,103.7750E
 (sumber:google)

So pada trip ni seramai 25 peserta yang memang padu lagi mantap telah menjayakan misi ini. Trip kali ni masih lagi menggunakan khidmat GOGO Akai dari Peak Up Outdoor dibantu oleh guide arif hakim.

hari sabtu tu aku balik kerja terus shoot ke CIQ ambik auntie vivian dan anaknya choon yi dari singapura. Dierang asalnya nak meet up dekat basten kota tapi macam biasala CIQ sesak dan dierang stranded dekat sana hampir 2 jam. Aku tak nak buang masa so decide pick up dierang dan terus shoot basten kota untuk ambik adib yang dah memang tunggu dekat sana.

So lepas ambik semua yang carpool dgn aku, kiterang semua terus ke petronas bypass kota tinggi meet dgn line up yang lain. berkumpul dan meneruskan perjalan masing masih ke felcra sg ara dimana kami semua akan naik 4wd ke starting point.


menunggu auntie vivian dan anak dia kat CIQ





naz macam biasa happening sambut kawan kawan yang baru sampai kat meetpoint 




naik lori nak pergi menyawit ke tu geng?

Time log 9.30pm, semua line up da naik atas lorry dan menuju ke starting point. Pada asalnya, kami akan camp dekat satu anak sungai pada permulaan trek (kem qada qadar), disebabkan jambatan nak masuk ke pintu rimba dah runtuh dan track pon separuh ditutup semak samun, maka akai decide untuk bukak kemsite baru di tengah perjalanan.

Time log 10.30pm, sampai ke starting point, makan dulu dinner yang da siap tapaw sebelom naik lori tadi dan terus briefing untuk perjalan malam tu. semua lineup semangat berkobar2 tak sabar nak berjalan. track permulaan ni melaui jalan balak. kemain rare trip ni sampai jalan balak pon dah naik bersemak. seb baik la ramai yang bawak parang so menebas je laa sepanjang track tu.

2 jam jugak layan track balak sebelom sampai ke satu anak sungai. kat situ gogo decide untuk bukak campsite baru. kul 1 pagi masing asing clearkan kawasan untuk jadikan tempat tidor. Aku seb bek la bawak hammock. so gantung je la hammock.

(randuk anak sungai, sepatutnya tido sini malam tu)


(tengok track pon da memang semak)
(line up sabar tunggu guide tebas semak yang menutupi track)
(kem selit nama kemsite baru ni...sebab x besar pon so semua kene selit2 tido)

setup fly dan ground
memerhati dari bawah fly

dah penat redah track balak. masing masing cuba lelapkan mata.

gogo macam biasa setting lunchpack untuk esok.

aku lepas pekena milo suam...terus tido

Day 2

Bangun seawal 6 pagi. selesai subuh, masing masing bersarapan ala kadar untuk mengalas perut, semua lineup mengemas kem sementara ni. untuk harini bag besar semua tinggal dekat kem dan masing masing bawak bag daypack sahaja menuju puncak sumalayang.

jam 8pagi, semua lineup dah di beri taklimat dan bersemangat menuju ke pintu rimba bagi memulakan aktiviti ke puncak

selesai taklimat, semua terus jalan menuju ke pintu rimba yang kira2 sejam perjalanan merintis jalan balak lama




sebelom jalan ambik gambar dulu












hah pangok laaaaaa

sapa suruh korang nak naik sumalayang

kahkahkahkah

 Gambar sepanjang track ke puncak























dan perjalan ini berterusan sehinggalah ke kem vietnam.

secara overall track sumalayang ni takde la extream. cuma dia memacak dari mula sampai la ke kem vietnam ni. ada kawasan yang kami bergerak perlahan sebab terpaksa merintis jalan semula. maklumlah, baru group ke enam yang sampai ke sini. hahahaha

ada port2 yang kena menebas, alihkan ranting kayu, biasa la tu kan, nama pon rare. haha

lebih kurang 10 minit nak sampai kem vietnam, hujan turun sepoi sepoi .sadis beb makan dalam hujan...nasib baik ada yang bawak fly. kalau tak mmg makan berkuah air hujan laaaaaaa



ha muka kenyang lepas makan. tapi masih jauh lagi perjalanan..kalau tak silap ni jam 2 petang. baru lepas hujan berhenti. dan jugak baru lepas makan lunch.

masa ni masing2 masih lagi semangat menruskan perjalanan. dah tak jauh lebih jurang 30 minit nak sampai peak.

biasalah, kena tipu sunat..hahahahaha




breathtaking view masa sampai sini, hilang kejap penat hiking bila dapat tengok pemandangan indah ciptaan allah ni. subhanallah!

ehhh...ni bukan kat peak taw! tapi da dekat2 nak sampai peak la. satu2 nya viewpoint yang ada kat sini.



akai the mastermind

yeay peakk!!!

(valet gambar bini, moga satu hari nnt dia joint hiking sama2)

haaa...lepas 10 minit dari viewpoint tadi, sampai la peak sumalayang.

untuk makluman, sumalayang ni takde view dekat peak. cuma ada beberapa log balak yang dipotong cantik. sebabnya dahulu dikatakan puncak sumalayang ni tempat heli mendarat di zaman pendudukan komunis di tanah malaya. kalau fakta ni salah maafkan aku sebab aku tak dapat nak buktikan kesahihan cerita tu.

dekat peak ni pon x lama, sekadar menghilangkan lelah dan bergambar, lepas tu jam 4 start decend turun.

dan...perjalanan turun menjadi lebih kejam sebab hujan!

di pertengahan perjalanan, ada peserta injured. biasa la tu. huhuhu




take five. jangan tanya kenapa muka benyai hahahah

sampi dekat kem, massing masing clearkan kawasan sekitar. semua sampah pack bawak keluar.

aku punya sandal time ni dah lebur..berjalan menapak berkaki ayam beb. mujur ada sahabat bawa selipar lebih...tu pon selipar taw..hahahaha

selesai pack barang dan break camp, perjalanan diteruskan ke tempat parking lorry melalui jalan balak semalam.

dan perjalan kali ni aku lebih memilih untuk berada di belakang, menemani aunty dan anaknya yang injured. bersama aku ada emy sweeper yang ohsem dan zulkamal yang steady.

maka kami berlima berjalan seiringan dengan pace yang perlahan. menuju ke pick up point. perjalanan kami terpaksa ontrek malam. group depan telah jauh meninggalkan kami. perlahan tapi pasti aku memberi kata2 semangat. dan mengikut kira2, sepatutnya jam 8 kami akan sampai regroup balik.

alhamdulillah, semua selamat keluar jam 8 malam. masing2 naik lorry untuk ke parking kereta. kawan2 lain ajak makan tapi aku terpaksa balik awal sebab mem besar kerja malam aku nak kena ambik budak2 dari mertua..hihihih



ok ni sedikit data sharing dari kawan2 yang lain. overall untuk track ni xde la kejam cuma pendakian dari pintu rimba memberi cabaran sebab terus accend 45darjah. mujurlah ada jugak tempat bonus boleh rehat sekejap

dan untuk permulaan tracck ni agak bosan sebab melalui jalan balak yang panjang sebelum ke pintu rimba.

sekian sahaja coretan kali ni

*special thanks to:*

akai (peak up outdoor)-gogo
arip(guide)
on track members
family-lots of love and hugs xoxo

nota kaki: artikel ini telah diperam lama. maafkan saya wahai penunggu gua~

Comments

  1. Salam bro, ada lagi x contact number guide trans panti ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Trans Panti (18 ogos 2018)

lalalala~!